Ahad, 9 Julai 2017


Nama : Yeoh Zyn Jer

No Matrix : 16DKM14F2998

Asal : Kulim, Kedah




   
Nama : Sri Sundhary a/p Sundara Raju

No Matrix : 16DKM16F2029

Asal : Kulim, Kedah

Nama : Raywatt a/l Bunma

No Matrix : 16DKM16F2031

Asal : Kulim, Kedah






“rukun negara”的图片搜索结果
Pengenalan
Prinsip Nasional bagi rakyat Malaysia adalah "RUKUN NEGARA". Rukan Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 OGOS 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 12 MEI 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

PERISYTIHARAN RUKUN NEGARA
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat :
· Memelihara satu cara hidup demokratik ;
· Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
· Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
· Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;


Maka kami rakyat Malaysia ,berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut :-
· Kepercayaan kepada Tuhan
· Kesetiaan kepada Raja dan Negara
· Keluhuran Perlembagaan
· Kedaulatan Undang-undang
· Kesopanan dan Kesusilaan


MAKSUD LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA
1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Bermaksud setiap orang mempunyai agama dan kepercayaan masing-masing. Agama merupakan unsur penting dalam hidup manusia yang menyeru manusia supaya membuat kebaikan dan menghindar diri daripada perbuatan jahat. 
      Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum yang menganut agama masing-masing, antaranya Islam, Buddha, Hindu dan Kristian. Setiap penganut seharusnya menjadikan agama sebagai landasan dalam membina keharmonian dan tidak menjadikan agama sebagai alat meruntuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Kita haruslah saling memahami dan menghormati agama lain untuk menjaga kerharmonian negara. Maka, setiap rakyat Malaysia perlu mengamalkan sikap toleransi dalam agama.
     Hal ini telah jelas dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu agama Islam ialah agama rasmi dan agama lain bebas diamalkan oleh rakyat bukan Islam. Keadaan ini memberikan ruang kepada setiap individu untuk berpegang dan yakin kepada ajaran masing-masing serta patuh dan taat kepada agama tersebut. 



2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepunuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengrangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

“agong”的图片搜索结果

3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan 
hak sosio-ekonomi rakyat.
“KELUHURAN PERLEMBAGAAN”的图片搜索结果
(Jata Negara menjadi lambang Malaysia)



4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang negara yang digubal bertujuan untuk menjamin keadilan dan kebebasan asasi setiap warganya daripada kezaliman dan penganiayaan oleh kumpulan atau pihak tertentu. Setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang tanpa mengira bangsa, jantina ataupun kedudukan sosial. Kedaulatan undang-undang sangat penting bagi memastikan undang-undang tersebut berjalan dengan lancar. Prinsip yang keempat ini menuntut setiap rakyat menghormati undang-undang serta berusaha menyokong penguatkuasaannya.
“istana kehakiman”的图片搜索结果
(Istana Kehakiman, Putrajaya)


5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Prinsip ke lima ini menakankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasadan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama laindalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini, Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatassusila ini membenci dan memgutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.



(Video Rukun Negara)

MATLAMAT DAN KEPENTINGAN RUKUN NEGARA KEPADA NEGARA

1.Mencapai Perpaduan yang Lebih Erat.
Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli–ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan masing-masing. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatupadu di mana semua rakyat tampa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.
“perpaduan yang erat”的图片搜索结果

2.Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik.
Pelembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalah gunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkademokrasi. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah di utamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu tidak, jika hendak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.

“Hidup Demokratis.”的图片搜索结果

3.Mencipta Sebuah Masyarakat Yang Adil.
Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-cita kan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.

4.Membentuk Satu Sikap Yang Liberal
Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama dan adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang Negara diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum.Walaupun ada perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia.

5. Membina Sebuah Masyarakat Progresif.
Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan di bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020.
(Rukun Negara Documentary-Malaysia dari Youtube)
            (Ideologi rukun negara)


Cara Menerapkan Amalan Rukun Negara
Antara cara-cara yang dapat memupuk kesedaran untuk menghayati prinsip Rukun Negara dan menerap amalan Rukun Negara ialah :
a) Mengadakan Kempen Kesedaran
    -Tujuan : Untuk menanamkan dan menghayati  prinsip Rukun Negara dalam diri                         individu.
    -Contoh : Kerajaan boleh megadakan Kempen 'Cintai Rukun Negara' dan 
                    'Bersama Menghayati Rukun Negara' dan sebagainya
“kempen rukun negara”的图片搜索结果
(Kempen Rukun Negara)

b) Melalui Pendidikan
    - Tujuan : Untuk memastikan warga pendidik khususnya pelajar dapat memahami                      dan menghormati prinsip Rukun Negara.
    - Contoh : Di sekolah rendah dan sekolah mengengah - melalui penerapan prinsip                      Rukun Negara dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan                                            Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral.

(Pelbagai aktiviti mengenai Rukun Negara telah dijalankan)

c) Melalui Media Massa
    - Tujuan : a)Menyiarkan iklan atau program yang memberi kesedaran kepada                                 penonton untuk menghayati prinsip Rukun Negara.Contoh seperti                               televisyen dan internet.
                    b)Media Massa yang bercetak seperti surat khabar atau majalah juga                              boleh menerbitkan artikel tentang keprntingan prinsip Rukun Negara.
“rukun negara”的图片搜索结果
(Poster tentang Rukun Negara)

d) Melalui Kerajaan
 - Tujuan : Kerajaan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk 
               memastikan rakyat di negara ini sentiasa menghayati prinsip Rukun 
               Negara.
- Contoh : Kerajaan boleh mengambil inniasiatif seperti menganjurkan program yang                   bertemakan Rukun Negara untuk rakyat seperti menganjurkan                                     pertandinagn 'Sketsa Rukun Negara'.

“Sketsa Rukun Negara”的图片搜索结果
(Sketsa Rukun Negara yang dianjur oleh kerajaan)

e) Peranan Ibu Bapa
_ Tujuan : Mendidk anak-anak mereka supaya memahami dan menghayati Rukun                        Negara sejak kecil.
- Contoh : Ibu Bapa sentiasa mendidik anak mereka tentang faham dan patuh akan                    Rukun Negara sejak kecil hingga dewasa seperti kata pepatah'kalau                            hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya'.


(Pertandingan Sketsa Rukun Negara di sekolah)

Kesan Pembentukan Rukun Negara kepada Bangsa dan Negara
a) Memudahkan Perpaduan Nasional dan Pembangunan Negara.
   - Tiada pergaduhan sebab hubungan yang erat antara kaum.
   - Perpaduan yang erat antara masyarakat berkerjasama untuk pembangunan negara.
“malaysia”的图片搜索结果

b) Mewujudkan Politik yang stabil dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan.
  - Rakyat yang pelbagai kaum berkerjasama dan saling tolong-menolong dalam politik.
  - Rukun Negara menjamin keadilan sosial antara kaum.

(Rukun Negara Malaysia Dokumentari)

c) Keselamatan dan kesejateraan negara dan rakyat dijaminkan.
  - Perpaduan masyarakat yang erat berkerjasama untuk melindungi keselamatan negara bersama-sama untuk menjamin kaamanan negara.
“malaysia”的图片搜索结果
(Negara yang kita sayangi)



RUJUKAN
Antara rujukan yang menjadi rujukan kami dalam menghasilkan blog ini ialah seperti berikut :

1. Buku Nilai Masyarakat Malaysia Siri Politeknik
2. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5
3. Buku Rujukan Sejarah NEXUS A+ SPM

KESIMPULAN
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara didunia termasuk Malaysia. Ianya penting kerana tanpa perpaduan dalam sesebuah negara maka negara itu akan mudah digugat oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri. 

Kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit iaitu melupakan semua asal usul negara setelah sekian lama negara ini mengecapi keamanan. Melalui perpaduan yang kukuh ianya dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, menegakkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.


PENGAJARAN
 Dengan mengamalkan Rukun Negara ini, kita dapat melahirkan masyarakat yang cinta akan negara dan tanah air. Serta dapat bersatu padu untuk bekerjasama serta selaras dengan tema kemerdekaan negara kita pada kali ini iaitu " SEHATI SEJIWA"


AKHIR KATA

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.
Blog ini ditubuhkan khas untuk tugasan mata pelajaran Nilai Masysrakat Malaysia semester 2 dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah iaitu kelas DKM2A. Sila ikuti blog kami untuk menerima maklumat mengenai "Rukun Negara". Kami juga memerlukan kerjasama anda untuk menambahkan lagi maklumat di blog ini tentang mata pelajaran Nilai Masyarakat Malaysia.

Kami memohon maaf andai terdapat kesalahan & kekhilafan fakta sepanjang penulisan blog ini.
Sekian, terima kasih. dan salam 1 Malaysia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.